KUALA TERENGGANU - Melalui tinjauan yang dibuat oleh
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeriTerengganu tujuh dari sepuluh
orang kaum Tionghua di negeri ini sudah bersedia untuk membuat
perubahan pada pilihanraya ke-13 akan datang.
Menurut Timbalan Pengerusinya Jeffri Chua [Gambar atas - paling
kanan], DHPP sedangn giat membantu calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat
untuk memberikan penerangan berhubung isu-isu semasa ke seluruh negeri
Terengganu.
"kita round (ziarah) hari ini adalah (dalam) seratus
lebih (buah rumah), sambutan (orang) Cina memang menggalakkan,
masing-masng kata (mereka) nak ubah (kerajaan pada RU-13),
"yang
sebut (sedia berubah) 70% yang lain tu.....dalam hati dia sudah tahu nak
undi siapa,"ujarnya ketika ditemui selepas mengiringi Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Ladang Dato' Tengku Hassan Omar menziarahi
penduduk berketurunan Cina di sekitar Kampung Ladang, dekat sini pada
Rabu 23 Januari.
Turut
sama dalam lawatan tersebut adalah aktivis 'R' Terengganu, Gerakan
Kembalikan Royalti Minyak Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan
Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing.
Katanya, Lawatan
Ramah Mesra Pengundi DUN Ladang tersebut dibuat bagi mengucapkan Selamat
Tahun Baru Cina yang akan dirayakan oleh masyarakat Tionghua pada 10
Februari depan.
Menurutnya, program tersebut diadakan lebih awal
kerana mereka akan mula pulang ke kampung masing-masing mulai minggu
hadapan bagi erayaka 'hari bear' tersebut.
Jeffri Chua yang
merupakan anak jati kelahiran Terengganu cukup yakin perubahan besar
akan berlaku pada pilihanraya umum yang akan datang dinegeri Terengganu
dan di peringkat kerajaan pusat.
Katanya, sejak beliau dilahirkan
55 tahun yang lampau, bersekolah dan membesarkan di Kuala Terengganu,
beliau tidak pernah melihat satu tekad yang begitu kuat dikalangan
masyarakat Tionghua untuk membuat perubahan politik dalam negara ini.
No comments:
Post a Comment