Saya mengajak pengundi
Tionghua khasnya dan rakyat Terengganu umumnya, menolak persepsi bahawa
kerusi MCA di DUN Bandar adalah kekal kepada BN.
Meski pun DAP
tidak bertanding walau pun satu kerusi di Terengganu, kita
menyatakan komitmen untuk kekalkan Parlimen Kuala Terengganu kepada PAS
dan kita juga akan tolong Pakatan Rakyat untuk menang dan ‘rampas’
kerusi Dun Bandar dari tangan MCA-Barisan Nasional.
Persepsi
rakyat dan pengundi Tionghua (Cina) perlu diubah bahawa Dun Bandar ini
mesti untuk MCA, wakil orang Cina dan kita (DAP) mahu (kerusi) Parlimen
dan Dun (Bandar) diberi kepada Pakatan Rakyat.
DAP pada 7 Mac 2013 telah secara rasminya menubuhkan Jawatankuasa
Penyelaras Jentera DAP bagi PRU13 untuk Parlimen Kuala Terengganu.
Dengan penubuhan itu, saya yakin,
parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mampu menjaga
kebajikan rakyat serta pengundi masyarakat tionghua lebih baik dari MCA.
Sekarang rakyat mempunyai pilihan baru dengan membuat perubahan, memilih calon
Pakatan Rakyat sama ada PAS atau PKR di Terengganu selain MCA yang sudah tidak relevan lagi.
Kita juga sukacita mengumumkan
perlantikan Cheong Siow Foon sebagai pengarah pilihan raya DAP Kuala
Terengganu.
No comments:
Post a Comment