Sejak dari awal lagi saya bersetuju dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuat larangan berlandaskan undang-undang sedia ada, melarang dipamerkan logo politik 1Malaysia.
Mengambil pengalaman bertugas di pilihanraya kecil DUN Galas di mana, tidak ada lagi lambang yang lebih popular, tidak ada lagi lagi lambang 'dacing' kecuali logo 1 Malaysia.
1Malaysia sudah menjadi 'hantu' yang dipelihara oleh Umno dan Barisan Nasional, yang mana BN tidak lagi berlogokan dacing masuk dalam pilihanraya, tetapi hantu 1Malaysia merupakan wajah baru BN.
Tidak pernah dilihat dimana-mana pilihanraya, samada kecil atau besar, orang ramai dibenarkan masuk untuk mengundi menggunakan T-Shirt yang sama warna dan sama logonya. Maka apabila terjadi pada PRK Galas, orang ramai yang tidak menyelidiki dan 'kurang periksa' akan menganggap tidak ada apa-apa tentang logo 1Malaysia.
Namun, ramai pengundi yang belum membuat keputusan, pada pemikiran saya, terpengaruh kepada pandangan orang ramai yang memakai 'uniform' 1Malaysia itu. Mereka tertarik dan mengambil keputusan mengundi BN.
Tetapi perkara yang berlaku disebalik pemakaian uniform 1Malaysia itu adalah sogokan dan rasuah. Tidak menjadi rahsia lagi, orang asli yang memakai uniform 1Malaysia itu telah disogok dan akhirnya mereka mengundi BN.
Ia betepatan dengan maklumat yang sampai kepada saya, Umno dan BN sedang mencetak jaket, T-Shirt, topi, topi keledar dan banyak lagi barangan dengan logo 1Malaysia yang kini sudah menjadi 'branding' baru menggantikan lambang dacing atau keris!
Larang guna logo 1Malaysia - DAP Terengganu sokong tindakan kerajaan Selangor
KUALA TERENGGANU ; DAP negeri Terengganu menyokong tindakan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan-papan tanda (billboard) di seluruh negeri itu.
Pengerusi penaja DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing ketika ditemui Buletinonline semalam, Khamis 23 Disember menambah, beliau akan turut mencadangkan supaya negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP mengambil tindakan yang sama.
"Saya menyatakan sokongan kepada tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan akan mencadangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, mengambil tindakan yang sama,"ujarnya.
Ng berkata demikian kerana menurutnya 1Malaysia adalah program politik parti Umno dan Barisan Nasional (BN) dan bukannya dasar kerajaan Malaysia. - Buletinonline
No comments:
Post a Comment