Tuesday, December 28, 2010

Mood rakyat lebih terarah kepada PR

KUALA TERENGGANU - Mood rakyat yang kini dilihat lebih terarah untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan sokongan peneroka Felda antara kekua-tan dijangka memberi kemenangan kepada Pas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kelak.

Pengerusi DAP negeri, Ng Chai Heng berkata, Pas selama ini memang sudah lama memperjuangkan hak peneroka Felda, menyebabkan sokongan dalam kalangan peneroka semakin meningkat.

Malah katanya, kejayaan tuntutan mahkamah terhadap Felda baru-baru ini juga menguatkan lagi sokongan dalam kalangan peneroka Felda terhadap Pakatan Rakyat (PR).

“Kita akui dulu Johor memang kubu kuat UMNO, tetapi tidak lagi selepas pilihan raya umum pada 2008. Kita dapat lihat dengan jelas, mood rakyat sudah banyak berubah.

“Ia ditambah pula dengan isu kenai-kan barang yang berulang kali sehingga membebankan rakyat menyebabkan rakyat rasa bosan dan marah, ditambah pula dengan kes rasuah dan penyelewengan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha yang merupakan wakil rakyat daripada UMNO pada 17 Disember lepas.

DUN Tenang salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis dan mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos. Kawasan itu mempunyai tiga Felda dengan pengundi dianggarkan lebih 3,000 orang.

Daripada keseluruhan jumlah pe-ngundi, pengundi Melayu seramai 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07 peratus).

Menurutnya, rakyat kini berasa terbeban dengan kos sara hidup tinggi, menyebabkan mereka sudah letih untuk mendengar janji manis kerajaan.

Malah katanya, isu larangan penggunaan slogan 1Malaysia yang kini sedang hangat diperkatakan itu, hanya sekadar untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu semasa.- Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment