Sunday, June 7, 2009
DAP Perlu Bawa Isu Bumbung Runtuh ke Parlimen
Saya rasa terkejut apabila, Penasihat DAP Encik Lim Kit Siang menelefon saya pada 2hb Jun yang lalau.
Beliau bertanya kepada saya tentang bumbung stadium yang runtuh.
Ada sesuatu yang tidak kena dalam tagedi bumbung runtuh itu kerana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, yang baru berusia setahun.
Saya harap siasatan terperinci mesti dilakukan untuk mendakwa pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam isiden tersebut.
Hujah saya adalah kerana bangunan ini disiapkan dalam keadaan yang tergesa-gesa, bila berlaku demikian sudah pasti pihak kontraktor tidak akan mengikut peraturan pembinaan.
Pengalaman saya sebagai orang yang pernah terlibat dalam bidang pembinaan, kalau buat konkrit, sepatutnya dua minggu baru boleh buka, tapi oleh kerana nak kejar masa, pembinaan di stadium atau dimana-mana projek kerajaan kini, konkrit yang baru dibuat, dibuka dalam tiga atau empat hari.
Jadi konkrit itu tidak cukup masak, apabila ia tidak cukup masak, konkrit akan rapuh dan kekukuhan bangunan itu tidak tahan lama.
Saya akan membuat dan mengemukakan satu laporan tragedi bumbung stadium runtuh ini dan akan diserahkan untuk makluman pimpinan tertinggi DAP peringkat pusat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment