Wednesday, June 24, 2009

Polemik Kerajaan Perpaduan Tidak Jejaskan Sokongan Kepada Pakatan Rakyat



KUALA TERENGGANU
- Keputusan Muktamad menolak penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam berjaya membersihkan PAS dan Pakatan Rakyat dari tohmahan yang dilemparkan oleh pemimpin UMNO dan BN.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu Encik Ng Chai Hing berkata UMNO/BN telah menggembar-gemburkan kononnya PAS mahu mengujudkan sebuah kerajaan perpaduan dengan UMNO.

”Tohmahan-tohamah yang di war-warkan oleh pemimpin UMNO, kononnya pihak PAS berhasrat untuk berbincang dengan UMNO untuk mengujudkan kerajaan perpaduan,

”dengan penjelasan (semalam) isu ini sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi oleh mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat,”katanya diketika ditemui semalam.

Beliau berkata keputusan yang diambil oleh ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang tepat pada masanya.

”Kita tengah sibuk bersiap sedia membuat menghadapi persiapan pilihanraya kecil DUN Manek Urai, kita tidak mahu UMNO/BN menggunakan isu ini untuk meraih sokongan pengundi,

”Ini (ia) satu keputusan yang sangat bijak dan tepat pada masanya,”ujarnya.

Katanya dengan keputusan semalam, DAP Kuala Terengganu akan menggiatkan usaha memberi penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong DAP serta Pakatan Rakyat yang masih keliru dalam isu kerajaan perpaduan.

Walau bagaimana pun, katanya, polemik kerajaan perpaduan itu, tidak memberikan kesan dan menjejaskan sokongan ahli-ahli DAP dan para penyokong kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
- Buletin Online

No comments:

Post a Comment